Baby Raf sudah 11 bulan

Cepatnya masa berlalu. My baby dah membesar dengan cepatnya. Next month dah setahun huhuhu, rindunya time baby newborn. Raf dah boleh merangkak, dah boleh panjat sana panjat sini, dah pandai bercakap (cakap bahasa babylah kan huhu), baru nampak bayang gigi, lambat tumbuh tak apa, tak adalah mummy sakit kena gigit nanti.

Comel kan baby pakai cloth diaper Weegro ini?. Ianya jenis AI2. Senang sahaja gunanya sebab bila baby poo atau pee, hanya tukar isi (sock +insert sahaja), Cover masih boleh dipakai, jika tidak terkena poo/pee.

Di bawah ini ada video baby raf naik kereta control. Enjoicee!

Baby Raf driving

Baby Raf sudah 9 bulan

Alhamdulillah sudah 9 bulan baby Raf hidup di dunia ini. Thank you Allah sebab memberikan rezeki kepada kami. Akan kami jaga amanah yang diberi ini dengan sebaik-baiknya, walaupun sememangnya akan berlaku banyak kesilapan sana sini maklumlah anak pertama. Melahirkan baby bukan sahaja mengubah hidup saya, perhatian semua diberikan pada baby, memang mengambil masa jugak untuk menyesuaikan diri dan membahagikan masa untuk suami, anak, belajar. Saya juga lebih menghargai kehidupan yang ‘natural’. Sekarang saya jarang membasuh muka memakai pencuci muka yang dibeli di pasaran, sebaliknya lebih senang dengan hanya menggunaka oats atau honey untuk membasuh muka dan cukup dengan virgin coconut oil sebagai pelembab. Memang terasa perbezaannya. Pada baby raf juga saya senang memasak sendiri makanannya yang bebas garam, gula apatah lagi perasa.

Perubahan ini sebenarnya bermula dari saya sendiri yang kebingungan tentang vaksin mana yang perlu diambil untuk baby raf, pnemucoccal dan lain-lain lagi. Saya terfikir perlu ke baby saya disuntik sebegini banyak?. Vaksin-vaksin seperti polio, bukankan itu adalah penyakit yang berlaku suatu masa dahulu, sekarang tiada lagi. Kenapa perlu vaksin tiga serangkai sekaligus?. Tidakkah ia terlalu kuat buat seorang baby yang masih kecil?. Atas kebingungan itu, saya membuat research, bertanya pada kawan, membeli buku hasilnya amat mengejutkan. Selama ini saya hanya mengikut apa yang telah ditetapkan untuk baby saya tanpa sedikitpun rasa untuk ambil tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalam vaksin, kesannya pada bayi (autism contohnya). Boleh rujuk link ini.

Setelah mengetahui kandungan yang terdapat dalam vaksin, (aluminium, merkuri, otak monyet dan banyak lagi kandungan yang tidak diketahui) tak tergamak untuk memberi vaksin pada baby saya. Sudah cukuplah susu ibu yang diberi padanya. Demam, demam campak itu adalah perkara biasa. Selepas demam, sistem imun badannya juga bertambah.

Sila lihat video ini jika anda mahu tahu lebih lanjut  (tayangan ini hanya free ditonton sehingga 5 November sahaja) http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2011/10/30/the-greater-good.aspx

Kepada sahabat sekalian. Sebelum memberi vaksin pada anak-anak anda, pastikan anda mengetahui (membuat kajian sendiri) dahulu pro dan kontranya, bahan-bahan apa yang terkandung dalam sesuatu vaksin supaya ia tidak memudaratkan anak-anak kita kelak.

Sharing is caring.

Puree Kentang pula

Hai semua :) .  Asyik cerita makanan je saya dua tiga menjak ini. Maklumlah baby baru start solid food, jadi mommynya excited nak buat homemade food yang diyakini tiada pengawet, garam dan gula, kerana deria rasa baby masih suci. Setelah memperkenalkan avocado, pear, saya ingin bertukar ke kentanng pula. Di akhirnya nanti, ia akan menjadi seperti kentang lenyek/mashed potato ala-ala kfc  tu.

Ok, pertama sekali diperlukan sebiji kentang yang kecil sahaja.

Kentang

Kemudian buang kulit, potong dadu dan stimkan ia dalam masa 20 minit

Dah siap stim, blendkan kentang itu. Sebenarnya lenyek pakai garfu pun boleh, tapi hasilnya tak sama macam blend. Kalau blend ketang tersebut akan jadi macam creamy.. mmmmmm sedap.

Beginilah hasilnya bila dah siap tadaa!!………

Jika teksturnya sedikit likat campurkan dengan EBM untuk ‘extra creamy’, yummy!

Jom, kita tengok baby suka ke mak dia yang syok sendiri…..

Emm Boleh tahanlah juga. Hampir habis satu mangkuk. Untuk permulaan, amalkan  ’4 days rule’ untuk melihat jika bayi anda mempunyai allergi atau tidak terhadap sesuatu makanan yang baru dicubanya itu.

Okey, Lepas ni bolehlah kita buat Shepherd Pie pula..Daaa…

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline ,