Pernah jumpa orang bawa kereta slow macam kura-kura?
Salam semua, lamanya saya bertapa… sampai nak buka WP admin pun dah lupa password, huhuhu. Ini kerana kesihatan saya tak mengizinkan. Dipendekkan cerita hari ini saya ada energy sikit, maka saya pun nak buatlah entri untuk renungan kita bersama semasa di jalanraya.
“Pernah jumpa orang bawa kereta slow macam kura-kura?”..Mesti pernah kan boleh kata tiap-tiap hari kita akan terjumpa kan?. Pernah tak kita melihat situasi seseorang yang dihon oleh kereta belakang kerana pemandu hadapannya terlalu lembab?. Punyalah marah orang kat belakang tu sampai potong dan kasi pandangan membunuh atau memaki hamun terus. Memang kadang-kadang sikap pemandu kita akan berubah bila memandu kereta.
Dahulunya, apabila saya berjumpa pemandu yang lembab a.k.a 40km/j, saya akan membebel dalam kereta. Tetapi sekarang tidak lagi. Saya membayangkan apa sebenarnya situasi yang berlaku dalam kereta hadapan sehingga menyebabkan dia lembab sedemikian rupa. Antaranya:
1. Mungkin pemandu di hadapan kita seorang yang sangat tua dan uzur, jadi beliau membawa kereta dengan berhati-hati mengikut standard umurnya.
2. Mungkin juga pemandu di hadapan kita sedang membawa penumpang-penumpang lain dalam keretanya (anak-anak yang kecil) dikhuatiri jika membawa laju, anak-anaknya mungkin akan terjatuh.
3. Jika pemandu itu seorang wanita, mungkin dia baru sahaja berani untuk memandu setelah sekian lama tidak mencubanya, Oleh itu dia memerlukan keberanian untuk memandu sehingga beliau confident.
4. Bila saya sedang sakit ini baru saya terfikir, mungkin pemandu di hadapan saya sedang mengandung kerana dikhuatiri jika memandu laju akan membahayakan kandungannya.
5. Last sekali, mungkin kereta di hadapan anda-minyak keretanya sipi-sipi lagi nak mati dah habis sangat, so dia bawak kereta slow-slow gteww.
Kepada yang suka marah-marah bila kereta hadapan slow tak ingat
1. Kadang-kadang bersabar itu lebih baik dari marah tak tentu pasal. Bukan kita seorang ada kereta, ada masalah dan paling pandai bawa kereta..
Kepada yang suka bawa slow sangat tapi tak mahu mengaku
1. Tidak perlu takut jika dihon oleh pembuli jalanraya.
2. Tetapi pada masa yang sama perhatikan di manakah lane anda, jika pemanduan 40km/j, di lorong paling laju memang boleh mengudang kemarahan.
3. Lorong tengah bukan lorong untuk bawa slow.
Pendek saja entri saya, Akhir kata bertimbang rasalah kita di jalanraya. Daaa..









June 30th, 2010
salam ziarah,
selalu jumpa orang bawa kereta slow ni. kena sabarlah.bukan dia sengaja kenkadang. adahal la tu
[Reply]
June 30th, 2010
kalau sebab² di atas ok lagi.. yg tak tahan tu bila depa drive sangat slow sebab sedang bercinta dalam ketaaaa
hangin oooooo
[Reply]
iza Reply:
July 1st, 2010 at 4:21 am
Sokong2…….selalu sgt jumpa mcm ni…
-Bergurau senda dlm kereta terutamanya remaja/couple yg belum ada ikatan sah…
-lg satu, memandu sambil berbual dalam telefon bimbit.
Ingatkan baru dapat lesen P, rupanya lain yg dibuat…
http://azilas.blogspot.com/2010/07/tuah-ayam-nampak-di-kaki.html
.-= iza´s last blog ..Musim Award Ke =-.
[Reply]
July 1st, 2010
nak laju potong je..takyah nak bising2.. tapi yg bawa slow kat lorong kanan memang saja buat orang marah..
.-= Lan Bingka´s last blog ..Piala Dunia dalam suasana rimba =-.
[Reply]
July 1st, 2010
salam..
memang selalu jumpa
tapi sabar jer la..faham-faham
je lah..kadangkala driver tu
wanita..nak marah teringat
kat isteri sendiri bila memandu
.-= zulkbo´s last blog ..Berpakaian Hakikatnya Bertelanjang =-.
[Reply]
July 1st, 2010
eqa nak tambah..yg ke 6..mungkin motor nya nak rosak (hehe..motor..bkn kereta)
semalam la.. eqa g MidValley naik motor yg dah sebulan lebih tak panaskan enjin..
so ape lagi nak bawak lebih 40km/j je msti enjin mati.. cuak giler eqa..kereta lalu byk yg hon..motor pn sama.. xsabar btol..
.-= eQuRlz´s last blog ..Mone Yang Ku Sayang =-.
[Reply]
July 1st, 2010
yg penting sama2 timbang rasa..kadang masalahnya yg slow tak bertimbang rasa
.-= hemy´s last blog ..Cool Jumper Contest- =-.
[Reply]
July 1st, 2010
Kalau saper bawa 40km/j kat lane tengah apatah lagi yang paling kanan, memang nak kene sondol. Hahahah!
Love,
PojiePooh Abdullah
[Reply]
July 1st, 2010
selalu jugak jumpa
kadang2 terfikir napa perlahan sgt
.-= Syafrizal´s last blog ..Pameran produk halal tapi yang dipamerkan haram =-.
[Reply]
July 1st, 2010
kadang2 membebel sebab bawa slow tapi bawa kat lane paling kanan..huhu.
fare pregnant yer..
.-= Bb Hussain´s last blog ..Hutan Bandar JB =-.
[Reply]
July 2nd, 2010
alahai makcik nie.. slow nyer die bawak.. huhu
my recent post:
germany argentina
.-= zairie´s last blog ..- GERMANY VS ARGENTINA – IBARAT FINAL – PART 4 - =-.
[Reply]
July 3rd, 2010
slow sgt susah jgk..kena langgar ,nak2 kt highway..huhu
.-= azizan4444´s last blog ..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam Dilema =-.
[Reply]
July 8th, 2010
aie kdg2 bwk slow jugak tp biase nye klau mood ngah sedih.
penah bwk kete dr kl ke kuantan 8 jam sbbnye
putus cinta..hehe
.-= darkbatman´s last blog ..Kalendar Islam 2010 =-.
[Reply]
July 12th, 2010
hehehe
hari2 jumpa pemandu macam ni
[ selepas hantar anak ke sekolah, mereka ni berangan sambil memandu [ biasanya yang kerja sendiri ]
kita pula nak cepat – geram juga rasa
.-= tehr´s last blog ..Blog- Nuffnang And Earnings =-.
[Reply]
July 13th, 2010
kesiannye wanita tua kat gambar tuh.. mesti kete kat blakang tu hon sampai dia terkejut n tjenguk2 kat belakang..
klu kita dalam situasi wanita tua itu mesti sedihkan.. da la tak larat.. kena hon lagi..
rancanglah perjalanan, patuhi had laju dan bertimbang rasa.. mcam iklan la pulak..
[Reply]
July 17th, 2010
bawak slow pon susah (menyusahkan orang lain).. bawak laju pon susah (membunuh org lain).. hehe.. sama2 beringat jela…
.-= Paksu-IT´s last blog ..Kelajuan Pakej Streamyx Yang Anda Subscribe =-.
[Reply]
July 21st, 2010
kalau jumpa… munna membenel sendiri je dlm kereta…
tapi klu budak muda terutamanya yg bercouple muna hon je diaorg
[Reply]
July 21st, 2010
nak pikir macam farenova masa naik keta boleh ke? lagi kalau ada urgent kes… tapi sebaiknya memang kena pikir macam tu..
.-= abgreds´s last blog ..Alternatif – objektif @ subjektif =-.
[Reply]
July 21st, 2010
paling benci yang jenis guna telefon bimbit masa nak ambil belot ! yang slow nie depend jugalah ….
.-= touya´s last blog ..Sudikah awak menjadi isteri ku =-.
[Reply]
July 23rd, 2010
Selalu sangat..Terutama time pagi nk g keje kan..slah time btol bwk slow22 ni..besenye mrh la jugak…tapi time tu je la..ngehehehehe,,,
skarang ni tgh blaja utk bersabar smasa memandu:)
.-= Rama2Ungu´s last blog ..Wawwi Matrix Blogwalking- Cabaran 2 & 3 =-.
[Reply]
July 29th, 2010
sabar je lah kalau jumpa pemandu mcm ni. Tapi kalau kat highway pandu 40 km/h, memang angin la. x kan kat highway pon takut pandu laju
.-= ershad´s last blog ..Bengkel Tarian Singa =-.
[Reply]
July 30th, 2010
Saya sokong!!!
[Reply]
August 1st, 2010
aku takda keta..
tapi ada moto jer…bila bawak moto…kat lane kiri..aku suka bawa tengah2..kalo perasan…selalu jer kita nampak moto lalu kat tepi sekali…bahaya dowh macam tue…so aku amalkan bawak tengah2 sikit….
tapi..pemandu malaysia cam gampang…lane kanan tempat memotong…nak juga hon aku…sorry..nak jadi pembuli bukan kat lane kiri…memang aku buat dono jer…
.-= Sir Marcello´s last blog ..CoolFever Project =-.
[Reply]
September 18th, 2010
mungkin tercari cari tempat..
[Reply]
May 20th, 2011
Catch it…
[...]Cool website[...]…