Baby Raf sudah 9 bulan
Alhamdulillah sudah 9 bulan baby Raf hidup di dunia ini. Thank you Allah sebab memberikan rezeki kepada kami. Akan kami jaga amanah yang diberi ini dengan sebaik-baiknya, walaupun sememangnya akan berlaku banyak kesilapan sana sini maklumlah anak pertama. Melahirkan baby bukan sahaja mengubah hidup saya, perhatian semua diberikan pada baby, memang mengambil masa jugak untuk menyesuaikan diri dan membahagikan masa untuk suami, anak, belajar. Saya juga lebih menghargai kehidupan yang ‘natural’. Sekarang saya jarang membasuh muka memakai pencuci muka yang dibeli di pasaran, sebaliknya lebih senang dengan hanya menggunaka oats atau honey untuk membasuh muka dan cukup dengan virgin coconut oil sebagai pelembab. Memang terasa perbezaannya. Pada baby raf juga saya senang memasak sendiri makanannya yang bebas garam, gula apatah lagi perasa.
Perubahan ini sebenarnya bermula dari saya sendiri yang kebingungan tentang vaksin mana yang perlu diambil untuk baby raf, pnemucoccal dan lain-lain lagi. Saya terfikir perlu ke baby saya disuntik sebegini banyak?. Vaksin-vaksin seperti polio, bukankan itu adalah penyakit yang berlaku suatu masa dahulu, sekarang tiada lagi. Kenapa perlu vaksin tiga serangkai sekaligus?. Tidakkah ia terlalu kuat buat seorang baby yang masih kecil?. Atas kebingungan itu, saya membuat research, bertanya pada kawan, membeli buku hasilnya amat mengejutkan. Selama ini saya hanya mengikut apa yang telah ditetapkan untuk baby saya tanpa sedikitpun rasa untuk ambil tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalam vaksin, kesannya pada bayi (autism contohnya). Boleh rujuk link ini.
Setelah mengetahui kandungan yang terdapat dalam vaksin, (aluminium, merkuri, otak monyet dan banyak lagi kandungan yang tidak diketahui) tak tergamak untuk memberi vaksin pada baby saya. Sudah cukuplah susu ibu yang diberi padanya. Demam, demam campak itu adalah perkara biasa. Selepas demam, sistem imun badannya juga bertambah.
Sila lihat video ini jika anda mahu tahu lebih lanjut (tayangan ini hanya free ditonton sehingga 5 November sahaja) http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2011/10/30/the-greater-good.aspx
Kepada sahabat sekalian. Sebelum memberi vaksin pada anak-anak anda, pastikan anda mengetahui (membuat kajian sendiri) dahulu pro dan kontranya, bahan-bahan apa yang terkandung dalam sesuatu vaksin supaya ia tidak memudaratkan anak-anak kita kelak.
Sharing is caring.







