Puree Kentang pula

Hai semua :) .  Asyik cerita makanan je saya dua tiga menjak ini. Maklumlah baby baru start solid food, jadi mommynya excited nak buat homemade food yang diyakini tiada pengawet, garam dan gula, kerana deria rasa baby masih suci. Setelah memperkenalkan avocado, pear, saya ingin bertukar ke kentanng pula. Di akhirnya nanti, ia akan menjadi seperti kentang lenyek/mashed potato ala-ala kfc  tu.

Ok, pertama sekali diperlukan sebiji kentang yang kecil sahaja.

Kentang

Kemudian buang kulit, potong dadu dan stimkan ia dalam masa 20 minit

Dah siap stim, blendkan kentang itu. Sebenarnya lenyek pakai garfu pun boleh, tapi hasilnya tak sama macam blend. Kalau blend ketang tersebut akan jadi macam creamy.. mmmmmm sedap.

Beginilah hasilnya bila dah siap tadaa!!………

Jika teksturnya sedikit likat campurkan dengan EBM untuk ‘extra creamy’, yummy!

Jom, kita tengok baby suka ke mak dia yang syok sendiri…..

Emm Boleh tahanlah juga. Hampir habis satu mangkuk. Untuk permulaan, amalkan  ’4 days rule’ untuk melihat jika bayi anda mempunyai allergi atau tidak terhadap sesuatu makanan yang baru dicubanya itu.

Okey, Lepas ni bolehlah kita buat Shepherd Pie pula..Daaa…

Puree Pear

Haiiii, mari memasak homemade utk bayi kita datang lagi :) . Hari ini makanan kedua yang saya pilih ialah buah pear. Ini kerana buah pear tinggi kandungan fiber, pottasium dan Vitamin C. Ia juga amat bagus bagi baby yang mengalami masalah sembelit.

Terus kepada cara membuatnya yang sangat mudah, mula-mula kita buangkan kulitnya dan potong dadu

Kemudian kukus buah pear yang telah dipotong tersebut selama 15 minit, atau bila dah dirasakan lembut.

Kemudian blend kan buah yang telah siap dikukus

Setelah siap diblend, nak serve terus pun boleh, nak tapis pun boleh. Saya tapis buah yang telah diblend ini kerana terdapat sedikit serat-serat buah yang kelihatan kasar untuk ditelan oleh baby saya yang baru beberapa hari diperkenalkan makanan solid.

Tadaa, dah siap puree pear ini. Teksturnya sedikit cair sebab saya terlebih tambahkan air dalam mangkuk steam itu. Tetapi hasilnya semasa bersahur baby saya telah poo poo dengan senangnya. Selamat mencuba. :)

My Baby First Solid Food

Setelah lama tidak berblogging, akhirnya pejam celik pejam celik, baby saya telah masuk 6 bulan. Dah boleh start makan solid food. Saya sangat ‘excited’ untuk memberi baby makan, kerana sebelum ini baby hanya dieberi minum susu ibu. Pun tercari-cari solid food apakah yang paling sesuai untuk diberi pada baby saya. Akhirnya buah ini menjadi pilhan..

Tadaa... buah avocado menjadi pilihan saya :)

Avocado dipilih kerana ia adalah makanan yang hampir lenkap dengan 14 mineral dan vitamin termasuklah vitamin A, B kompleks, C, K, dan E, fosforus, magnesium, asid folik dan serat. Cara membuatnya amat mudah. Setelah buah avocado dikopek, keluarkan isinya menggunakan sudu:

Avocado yang dikopek isinya

Setelah avocado dikopek isinya, saya terus blend dengan menggunakan hand blender saya ini. Sebenarnya boleh sahaja lenyek dengan garfu, tapi sebab saya nak cepat, maka hand blenderlah caranya (sebenarnya teruja nak guna hand blender :P ), blender biasa pun boleh, tapi leceh sikitlah.

Sesudah blend, saya tapis pula, ini kerana saya risau teksturnya belum cukup hancur untuk dimakan oleh baby saya.

Saya sedang menapis avocado yang telah diblend untuk tekstur yang lebih halus

Kemudian saya mencampurkan sediit EBM ke dalam avocado tersebut untuk menjadikannya lebih cair,

EBM

Tadaaa inilah hasilnya……

Nampak macam nestum kan?

Ok, makanannya sudah siap, sekarang mari kita lihat baby mahu makan atau tidak

emmm macam suka je rasa ni :)

Sedapnya sampai makan pegang sudu sendiri pulak tu :)

Phewwww lega baby boleh terima makanan pejal pertamanya. Saya lebih suka dan gembira dapat memberi makanan homemade berbanding daripada beli di pasaran kerana makanan-makanan tersebut tinggi kandungan pengawetnya dan tidak sesuai untuk bayi sebenarnya. Hope lepas ni, saya dapat update makanan-makanan lain pula untuk dikongsi bersama-sama di dalam blog ini.

Credit gambar to dilaMAYA.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline ,