My Baby First Solid Food

Setelah lama tidak berblogging, akhirnya pejam celik pejam celik, baby saya telah masuk 6 bulan. Dah boleh start makan solid food. Saya sangat ‘excited’ untuk memberi baby makan, kerana sebelum ini baby hanya dieberi minum susu ibu. Pun tercari-cari solid food apakah yang paling sesuai untuk diberi pada baby saya. Akhirnya buah ini menjadi pilhan..

Tadaa... buah avocado menjadi pilihan saya :)

Avocado dipilih kerana ia adalah makanan yang hampir lenkap dengan 14 mineral dan vitamin termasuklah vitamin A, B kompleks, C, K, dan E, fosforus, magnesium, asid folik dan serat. Cara membuatnya amat mudah. Setelah buah avocado dikopek, keluarkan isinya menggunakan sudu:

Avocado yang dikopek isinya

Setelah avocado dikopek isinya, saya terus blend dengan menggunakan hand blender saya ini. Sebenarnya boleh sahaja lenyek dengan garfu, tapi sebab saya nak cepat, maka hand blenderlah caranya (sebenarnya teruja nak guna hand blender :P ), blender biasa pun boleh, tapi leceh sikitlah.

Sesudah blend, saya tapis pula, ini kerana saya risau teksturnya belum cukup hancur untuk dimakan oleh baby saya.

Saya sedang menapis avocado yang telah diblend untuk tekstur yang lebih halus

Kemudian saya mencampurkan sediit EBM ke dalam avocado tersebut untuk menjadikannya lebih cair,

EBM

Tadaaa inilah hasilnya……

Nampak macam nestum kan?

Ok, makanannya sudah siap, sekarang mari kita lihat baby mahu makan atau tidak

emmm macam suka je rasa ni :)

Sedapnya sampai makan pegang sudu sendiri pulak tu :)

Phewwww lega baby boleh terima makanan pejal pertamanya. Saya lebih suka dan gembira dapat memberi makanan homemade berbanding daripada beli di pasaran kerana makanan-makanan tersebut tinggi kandungan pengawetnya dan tidak sesuai untuk bayi sebenarnya. Hope lepas ni, saya dapat update makanan-makanan lain pula untuk dikongsi bersama-sama di dalam blog ini.

Credit gambar to dilaMAYA.

Wordless Wednesday 6

Baby raf sudah 5 bulan :)

Preloved Baby Items

Hi, saya ingin membuat pengumuman, pengumumanlah sangat kan :P ….. untuk letgo beberapa barang baby yang sangat jarang diguna malah boleh dikaatakan hampir tidak digunakan langsung dan duduk terperap kat rumah saya ini. Berikut adalah barang-barangnya

a) Baby Swing Bright Star SOLD

Produk ini

The Fun on Safari™ Portable Swing mempunyai lagu, boleh buai (menggunakan bateri) dan permainan yang bergantung. True Speed Technology membolehkan kita memilih 6  jenis kelajuan untuk buaian ini. Kondisi produk 10/10, siap ada bateri free saya bagi (^_^)

Ciri-cirinya:

  • Buaian bergerak senyap saja
  • 6 jenis kelajuan dan timer jika ingin buaian ini bergerak untuk 15. 30 atau 45 minit
  • 6 jenis lagu yang comel dan kiut belaka
  • Bar/ Palang permainan yang boleh diangkat keluar
  • Mudah untuk dilipat untuk travel
  • Seat pad yang boleh dibasuh mesin
  • Mempunyai 5 Ciri-ciri keselamatan, ada seat belt sekali

Sesuai untuk bayi dari umur 3 bulan ke atas. Dalam produk ini cakap boleh guna sejak lahir, tapi saya cadangkan lepas 3 bulanlah, selamat sikit, baby dah kuat sikit.

Pertanyaan, produk dah best, bukan main explain bagai kenapa ko gatal nak jual pulak?

Jawapan: Dahulu baby saya colic teruk dan asik menangis dan menangis macam ahmad albab. Baby saya tidak mahu tidur sendiri, dan hanya mahu didodoi sepanjang masa. Ibunya yang baru first time jadi mak dah mati akal nak buat apa, makanya terbelilah pelbagai barang dari buaian biasa, ke buaian ini, ke rocker fisher price ke exercise ball. Semuanya untuk mengurangkan tangisan baby saya. Nampaknya baby saya tidak mahu duduk atas mana-mana kerusi atau buaian-hanya mahu didukung buaian original iaitu ibunya sendiri= Oleh itu, barang-barang ini tidak digunakan sudah, dan saya mahu letgo lah.. fuhhh panjangnya explain.

Harga Asal: RM 269

Harga Jual: RM 200


b) Botol and Food Warmer Tommee Tippee- SOLD to hamba Syah

Ini pula baby punya botol dan food warmer. Boleh masuk semua jenis botol tak kiralah wide neck brand apa pun. Baru guna sekali sahaja, kerana baby saya tidak mahu hisap susu botol dan dia hanya mahu direct feed mommynya sahaja. Jadi sebab itulah saya mahu letgo warmer ini. Kondisi produk 10/10.

Harga Asal: RM 127

Harga Jual : RM 80

Method penghantaran:

COD atau pos, (jika pos harga untuk buaian berlainan sedikit kerana produk besar, jika botol warmer-penghantaran free)

PM ke email saya jika berminat- farenova@gmail.com

Terima kasih, manisnya kurma ini.. tetiba kan :P

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline ,